Assalamualaikum. Sihat tidak? Saya sihat saja . Cuti yang sangat membosankan. Ughhh, buhsan gila ;'|
Tak tau nak buat apa. Baru hari Ahad ni, dah bosan macam ni. Cuba bayangkan kalau hari-hari lain.
Bayangkan *teng teng teng* Mak keje, kalau mak tak keje boleh pergi jalan-jalan. Tapi, minggu depan ada 4 kenduri. Hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad.. Haaa, ambik kau. Pehh, confirm penat tu. Nasib baik lah dekat kampung nanti ramai yang balik. Baru best. Dapat jumpa Rusydina saya :D
Semalam Syu pergi kenduri. Ada dua kenduri. First tu kenduri dia okay lagi. Syu ada jumpa budak yang same sekolah dengan Syu. Second punya kenduri tu dah macam !#$%^&* Ughh, seriously macam vangang.
Buat kenduri, tapi tempat parking tak ada. Macam haremm je. Dah lah jalan sempit, Syu dengan abang Syu memang dah panas gila time tu. Sabar Syuhada, sabar~ Kalau boleh, nak je bukak pintu then jerit kat orang tu.
Tapi, dengan sifat sabar Syu, Syu sabar jelahh. Cehh, ayat tak boleh blahh.
Hari Jumaat haritu, budak-budak lelaki kelas Syu main _ _ _ _. Izzatin bengang gila dengan diorang.
Dah dua kali diorang buat macamtu. Budak-budak ni pun pergi Join sekali. Diorang tu macam nak mintak kaki je dekat Syu. Kita orang tak belajar sangat hari jumaat haritu. Cikgu pun ada jamuan. Diorang pegi main tepung dengan glitter. Glitter Syu dapat tahan lagi, tapi sampai tepung tu yang tak boleh tu. Errr, nanti baju kotor. Bila nampak je diorang pegang tepung. Syu balik cepat-cepat dengan Farah. Hari jumaat haritu nampak dia kejap je. Sebab Syu balik awal. Dia balik lambat kot.
Okaylah, Syu nak makan. Lapoqq. Bunyi lagu rock dah ni. Hehe, Beybey. Have a nice day peeps.
Assalamualaikum ;)