New.



Assalamualaikum and Hai

Hai, hello, holla. And bla bla bla. Korang nampak tak apa yang baru dekat blog syada nih? Yayayy, templates dah tukar. Cantik kan? Simple je nih. But, ini skin orang. Syada ambil dekat blog skins je nih. Tapi, syada edit semua sendiri. Yelah, saya ni tak pandai nak buat skin sendiri. And malas jugak. And tak ada masa. Ceh, macamlah busy sangat kan? Harini syada tak pergi sekolah sebab parents ada hak dekat keyyeel. Syada dengan abang tak pergi. Adik sahaja yang pergi sebab dia ada final exam. So, tadi syada online, tidur, makan. Yelah, budak dah freedom kan? *Show off* . Lol, Hahahah. Syada freedom kejap saja.

Semalam, syada dengan anis duduk dekat surau. Then, ada budak perempuan kelas A. Okay, mula-mula syada agak awkward. And, dah lama-lama tu dah rapat dah. Mula-mula aishah ajak main saidina. Anis pun nak join. Then, Ain nak main sekali. Memanglah mula-mula agak err sikit. Sebab tak kenal sangat. Lepas je rehat afiqah ajak main saidina. Anati, mira, zuzela, afiqah, aishah semuanya main. Tapi, masa mula-mula main tu, Anis hutang syada 3 000 ribu and anis hutang dekat Zu 25 000 somethinglah. Hahah, serious lawak. Kitaorang main saidina tu lama sangat kot. Dari pukul 11.15 pagi sampai pukul 2.30 petang. Percaya tak? Lama kan kan kan? Tapi, syada, anis, ain dengan anati pergi jalan-jalan sambil tunggu diorang habis main. Ain cerita pasal Izwan. Tidak ku sangka Izwan sebegitu. Lol, Iwan dah berubah.

Then, lepas habis jalan-jalan, diorang tak habis main-main lagi. Tak habis main dalam surau kitaorang bawak saidina pergi luar surau sebab budak Form 2 ada amali solat. Main dekat luar tu adalah jugak budak form 2 yang join. Serious kelakar. Dah nak dekat pukul 2.30 tu, diorang pun kira siapa yang menang. Mira lah yang menang. Duit dia lagi banyak dari Bank. Hahah, yang dah bankrupt Zuzela dengan Aishah sebab banyak sangat beli Tanah dengan rumah. Hahahah, mira cakap yang Zu ni tamak. Semua benda dia nak beli. Kesian Zu.

Lepas dah kemas-kemas tu, anati ajak lepak dekat Astaka. Anati memang kelakar tahap 2.0. Dia pergi kacau adik-adik India semua tu. Kitaorang apa lagi, gelak sampai pengsan. Anati jenis yang fun, tak terlampau sensitive, but dia pandai sangat-sangat. Jealous beb. Syada dapat jumpa kawan-kawan baru. Sayang korang semua. Okaylah, sampai sini je. Take care readers. Ceh, macam lah ada reader(s) kan?

Assalamualaikum.