Holiday In PD.


Assalamualaikum and hai guys. Yaaa, lama syada tak update blog. Sibuk sekarang, ramai orang mintak berlakon. Cehh *flip hair* Haha, syada gurau je. Tak ada masa nak update blog. Malas sangat. Korang sihat? Syada sihat alhamdulillah. Kay, nak start cerita ni. Haritu kan kann... family syada and family Pak uda Syada pergi PD. Woo, best gila. Tapi yang tak bestnya, syada tak boleh naik banana boat. Abang dengan adik naik boat apa entah. Tak tahu nama boat tu. Kitaorg tidur sana 2 hari 1 malam dekat Sri Bulan Condo. Yah, memang best. Kitaorg asyik swimming je then mandi laut. Bangunje pagi tu terus lompat masuk dalam pool. Haha, kay memang sejuk. Menggigil bila keluar dari pool tu. Haha, kat sana banyak mamat handsome. Kehkeh, tapi syada tak minat. Sepatutnya kitaorg bertolak pukul 9. Tapi Pak uda lambat sampai. Dekat nak pukul 2 baru sampai sebab jalan sesak. Dekat nak pukul 5 baru sampai PD. Kay, sampai je terus kemas barang-barang then tukar baju pergi swimming. Petang-petang memang ramai orang mandi. First time nak pergi pool memang malu gila. Haha, especially Abang syada. Apa benda entah, dah pakai swimming suit tapi tanak mandi. Apakah? Syada tolak dia terus. Haha, kesian dia. Dah penat swimming tu, kitaorg balik condo.  Malam tu memang penat gila. Terus boom dekat katil. Then, syada tertidur. 

Esok pagi tu, kitaorg breakfast dulu then tukar baju pergi swimming. Ayah tak kasi pergi sebab awal sangat. Nanti demam. Tapi kitaorg mandi jugak. Masa mandi tu, Pak uda turun sebab nak swimming sekali. Hoho, Pak uda power gila berenang. Syada berenang? Sikit-sikit lah. Tak pandai sangat. Lepas tu semua turun, Mak, ayah, nenek, mak uda, aisy semua turun. Lepas tu, kitaorg pergi laut pulak. Wuu, ombak kuat. Ayah tak kasi mandi sebab ombak kuat sangat. Tapi pak uda ada, so ayah tak risau sangat. Hee, best sangat. Pak uda ajak naik boat apa entah. Tapi syada tanak sebab ... adalah sebabnya. Secret. Lepas tu, mak panggil adik suruh naik boat tu. Best gila syada tengok dorang naik. Nanti kalau pergi lagi sekali, In Shaa Allah syada nak naik boat tu. Lepas habis mandi tu, kitaorg semua jalan-jalan. Hehe, mak-mak semua shopping sakan. Kay, syada beli topi and keychain je. Lepas dah penat jalan-jalan, mak ayah semua nak naik condo. Tapi, syada, abang dengan adik pergi swimming balik. See? Fanatik kan kitaorg dekat air. Haha, lagipun nanti dekat condo tu boring. Lepas tu, kitaorg naik condo kejap sebab nak makan. Pandai pulak kitaorg cari makanan. Heheh, rehat-rehat dulu. Then, petang tu terjun balik pergi swimming. Yang bestnya, Aisy pun mandi sekali. Kay, dia memang comel. Dah lah comel, geram syada tengok. Sepatutnya hari Ahad tu kitaorg kena balik dah. Tapi, hari isnin mak ambil cuti. Sebab tu, kitaorg teruskan holiday.

Isnin pagi tu, ayah cadang nak balik pagi tapi balik petang. Sebab kitaorg pagi tu swimming dulu. Mak uda, Pak uda, aisy semua mandi. Best sangat, lepas tu jalan-jalan pergi laut kejap. Kitaorg tak daoat nak mandi laut. Sebab ombak terlampau kuat. Syada sikit lagi nak jatuh. Nasib baik abang ada. Ombak memang gila kuat masa pagi. Then, shoping kejap. Lepas tu, pak uda dengan mak uda balik condo. Kitaorg apa lagi, lompat masuk swimming pool lah. Kitaorg mandi kejap je. Masa mandi tu, adik syada tolak syada masuk dalam pool. Syada dah nak lemas dah sebab tak dapat nak naik, nasib baik abang tolong. Merah muka syada. Huu, nasib baik. Thanks to Allah. Then, dah naik condo. Packing barang-barang, tengok tv kejap. Hehe, kitaorg semua tidur sebelum nak balik tu. Semua penat. Pukul 2 lebih camtu baru bertolak nak balik. Memang best sangat pergi PD. Kalau ada masa lagi nanti, Pak Uda nak ajak lagi. Heee, korang nak tengok gamba tak? Kejap eh, tu pun kalau boleh upload. Nanti Syada upload gamba lagi. Camera dah habis battery lah. Kay, sampai sini je post kali ni. Thanks siapa yang baca. Ada ke orang baca? Hihi, bye assalamualaikum.