Final Exam.

               
Hai and Assalamualaikum. Hmm, Syu teringin nak pergi macam dekat gamba atas tu. Cantik wooo. Siapa yang nak jadi suami Syu? Bawak Syu pergi sana cepat. Hihi, gurau sajee. Kayh, korang apa khabar? Syu sihat alhamdulillah. Syu harini boring gegila. Takde benda nak buat. Cehh, yelah sangat kan. Rabu ni dah exam. Haii, untunglah. Syu baru study se'co-et'.Tu pun baru study Sejarah. Belum habis lagi tu. Banyak lagi yang Syu kena study. Tapii... Syu malas. Yeahh, Syu memang mengaku. Syu suka study last minute. Orang cakap study last minute senang nak masuk otak? Yekee? Rasanya sama je. Kadang-kadang Syu study last minute, ada yang tak sempat Syu nak baca. Hmm, Syu try nak buat short note. Tapi, akhirnya jadi macam buku teks. Hehe, Syu tak gheti nak buat short note.

Harap final exam ni Syu tak fail. Harap sangattt. Tapi, kalau setakat berharap je tapi takde usaha buat apa kan? Heshh, Syuhada Syuhada.. Apa nak jadi ni? Sedar woiii !! Exam dah nak dekat. Rasanya malam ni baru Syu study. Sebab esok abang Syu dah start exam. Nasib baik dia start exam dulu. Kalau tak, memang Syu takkan dapat nak study. Sebab, abang Syu ni suka memekak. Kadang-kadang okay, kadang-kadang tak. Dia ni kena ikut mood. Kalau ada orang spoil kan mood dia, hmm jawabnya Syu pun sekali lah kena spoil dengan dia. Bagus sangat lah tu dia dah start exam dulu. Aman Syu nak study. Huhh, study lah sangat kan Syuhada. Lepas exam baru Syu nak topup. Kalau masa exam ada BIS and text dengan dia, memang takkan nak studylah. Kalau ada BIS lagi gilo. Kejap-kejap bunyi.. *PING!* Syu ni dah lah pantang dengar bunyi camtu. Mesti Syu akan amik phone and layan diorang punya BBM. Again, Syuhada.. Syuhadaaa...

Exam Syu start hari rabu ni sampai selasa minggu depan. Yang bestnya, first day ada geografi. Haiiihh, dah lah Cikgu Shaharuddin nak markah 50 keatas. Kalau dapat 40 keatas dapat satu sebatan. Kalau fail dapat 2 sebatan. Syu taknak fail T__T Syu nak final exam ni semua lulus. Tapi Syu takut Math. Sebab Syu lemah Math. Huhuhu, Syuhadaaaa bila kau nak pandai Math ni?? Syu jarang buat latihan Math, sebab Syu 'agak' tak suka Math. Ehh, baca betul betul. Bukan 'Tak Suka' tapi 'Agak' tak suka. Kadang-kadang Syu suka, kadang-kadang tak. Harap Math tak fail. YaAllah, tolonglahh. Aku tanak satu pun fail. Kalau math dapat 40 pun dah okay. Hmm, harap tak fail. Asyik berharap je kan? Berapa banyak perkataan 'Harap' dah Syu tulis pun Syu tak tau. Korang kiralah. Hehe, and Syu 'Harap lagi yang paper science bukan Teacher See yang buat. Syu pun tak tau apa nama Teacher tu. Tapi yang Syu selalu dengar diorang panggil Teacher See. Hahaha, ejaan pun tak tau macam mana. Taram jelahh.

Awak, awak yang baca post ni. Ye awak, awak tolong doakan saya ye. Doakan saya supaya lulus final exam ni. Nanti saya doakan untuk awak ye. Saya tau awak baik. Awak doakan saya ye :D
Yeahh, lagi satu. Lepas exam Syu pergi Cameron Highland. Dengan semua classmate Syu. Cikgu Zain yang anjurkan. Hihi, harap jadi pergilah. Syu tak pernah pergi rombongan dengan semua kawan kawan kelas Syu.  Kitaorang pergi 3 hari 2 malam. Tak silap lah. Dia pun pergi jugak. Tu pun Syu dengan Nik yang ajak. Mula mula dia cakap tanak pergi. Then, Syu ajak, ajak and ajak lagi. Baru dia pergi. Tapii.. Nik pulak yang tak jadi nak pergi. Hmmm, boring lah kalau Nik takde. Tak dapat nak lepak dengan dia. Tapi nasib baik dia pergi, Syu ingatkan dia tanak pergi. Sebab Nik tak jadi pergi. Apa punya ayat ni? Banyak sangat pergi. Syu pun pening nak taip. Haha, korang pening tak? Kalau pening...padan lah muka *buat muka comel* Hehe, mesti ada yang nak baling kasut dekat muka Syu kan? Jangan lah marah, Syu tau Syu memang comel. Haha, perasan lah kau ni Syuhada. Keyh, Stop Syuhada. Kalau dengar kau merapu, sampai malam pun tak habis. Alaaa, battery laptop Syu dah nak habis lah. Okaylah, sampai sini je Syu post. Kaki pun dah sakit. Doakan Syu ye korang. Sayang korang. Bye. Assalamualaikum *waving*